Wednesday, June 30, 2010

survivor

hanya ada rm30 dlm poket dan aku kene survive sampai hari jumaat.

dah lama tak buat macam nih.dulu time zaman mmu je buat.

Sunday, June 27, 2010

ohh...puhh lisss!

panggil la aku tak paham seni penulisan, atau tak pandai berimaginasi atau tak pandai nak bayangkan cinta tulus suci manusia dgn dracula wth? sorry to say this...

tp...aku tak paham kenapa org gila sgt citer twilight....seriuss...aku tak tahan bila citer dracula lebih banyak scene bercinta dari scene berdarah....

n aku tak paham kenapa org giler kan sgt 3 org pelakon citer tuh....terutama nye mamat british yg aku tak mpak ada kemachoan ashton kutcher apa ntah lagi david beckham dalam diri die...
aku rase selepas pendedahan di bawah ini, makin ramai la die hard fan mamat nih...tak boleh blah!

LOS ANGELES: Pelakon utama filem Twilight, Robert Pattinson, didakwa mempunyai hubungan darah dengan keluarga Drakula.

Menurut jurucakapnya, pada awalnya mereka agak sukar mencari hubungan di antara Pattinson dengan keluarga bangsawan Hungary yang memerintah dari 1456 hingga 1462.


Bagaimanapun, katanya, selepas diselidik dengan lebih teliti, mereka menemui hubungan itu.


“Pattinson juga ada hubungan jauh dengan pewaris takhta Britain, Putera William dan Harry kerana keturunannya pernah menetap di Pickering, Yorkshire pada tahun 1500-an,” katanya. - Agensi

whats up with the hair dude??

new crib!


mr.fiance will be moving to our rent house today!
i will be joining later after we certified halal.
so so excited! :)

l.o.v.e.u

baru balik minum kat asia cafe



p/s:aku doa moga2 orang2 yg muka melayu pior yg tanpa segan segan silu minum arak kat asia cape tuh insap.tuh sempurna sifat tp? hyaiii...sedih!

Wednesday, June 23, 2010

i dont know what my future holds for me....

my employment contract will be end for the next 4 months...
im not gonna to think much and let them give me false hope...
in the mean time, i'm enjoying myself attending 2 days ExxonMobil IT orientation program at KL convention center(the foods was trumendously great!) and 1 day teambuilding session at Aquaria on Thursday(yes masuk free!...aku mmg dh lama teringin nak masuk aquaria)

till then, i just wait and see..........

Monday, June 14, 2010

4 months to go...

kami sudah jumpe rumah sewa utk berteduh lepas kami selamat nikah.
tak sabar nak jadik erik leong di rumah sendiri..
yay!

Friday, June 11, 2010

the problem is....



people don't learn from other people mistake!
i simply dont understand.
mmg peter porn betul la!

Thursday, June 10, 2010

watch where the smoke goin!


location:kedai makan kawasan larangan merokok
cast:me dan 3 kawan lunch

tengah syok lepak makan n sembang2, asap rokok berkepul naik dah bercampur dgn udara air con.mamat 2 orang berpakaian smart gaya seperti org paham bahasa, baik punya isap rokok dalam air con dgn sign board terang2 tulis 'No Smoking'.

kawan 1: ada orang smoking eh dalam ni?
kawan 2: haah, blakang ko.
kawan 1: boleh tak isap rokok kat luar? sini tak boleh merokok lah. dengan berani nye die sound 2 org mamat tu.
aku:diam.tak nak menimbulkan sebarang kekecohan.
perokok 1:ohh....ye ke?
kawan 1:yelah....tuh tak nampak? sambil tunjuk kat signboard yg depan bijik mata die.
perokok 1:tape....dah biasa.

baik nye jawapan sambil perokok no 2 tanpa rasa bersalah sedut dan menghembuskan asap toksik.

aku: saya pregnantla bang! takleh bau asap ni! aku cakap separa kuat.

derang masih buat bodo.dalam hati rasa keciwa dgn sikap orang macam ni.lagi tak bley blah kalu ada orang camni masuk dalam lif sambil jari pegang rokok yg menyala, budget "aku nak naik lif kejap je" atau "aku tak isap kat dalam lif, aku pegang je, dah sampai floor aku senang sambung isap" atau lagi best naik lif tangan kiri kendung anak kecik, tangan kanan sibuk sedut rokok.
lepas 10 minit kitaorg makan asap baru derang blah angkat kaki.

moral of the story: aku tak anti perokok.ayah, pakcik, kawan, sedara mara aku isap rokok. just need a little respect.be considered.theres always a reason for the 'no smoking' sign to be there.

Tuesday, June 8, 2010

route to USA

aku mulakan step 1 agak lambat iaitu kurang dr 3 minggu dari tarikh aku nak pegi.aku tau plan nak pegi lebih awal selepas diinform oleh team lead sebulan lebih dr tarikh pegi, tp aku buat bodo sbb aku ingat nih mesti planning je and mungkin tak jadik.so aku buat bodo hingga dh nak dekat2 baru aku sedar mmg betol2.sengal gile and hasilnye step di bawah dgn agak kelam kabut.

1.bayar duit visa yg berharga rm492 kat Alliance bank.Mr.Fiance yg g tlg bayarkan, pertama kali aku terconfuse and bagi wrong info kat Mr.Fiance dan dia pegi Affin Bank. Akak kat Affin Bank pun bingung bile masa plak derang buat service terima bayar duit US visa.

2.settle bayar, masuk website US ambassy, schedule time utk interview kat US ambassy.tunggu seminggu utk tarikh diinterview.

3.sebelum g interview kene siapkan document2 sokongan untuk memudahkan process mendapatkan visa dgn cepat.pay slip, surat dari HR, surat jemputan dr office exxon kat Houston, salinan penyata EPF, resit pembayaran visa.

4.datang awal pagi kat US ambassy.nak masuk bangunan pun cek bagai nak rak.takut org bwk bom agaknye.boleh tahan ramai gak org.ramai betul org nak g US rupanya.

5.sesi interview aku berjalan lancar.tanye belajar kat mane, ambik course apa, keje dgn company mana, purpose nak g US buat ape.rase cam g interview keje pun ada agak.nebes gile.bile derang mintak tunjuk document sokongan baru tunjuk.pas settle, boleh collect visa yg boleh siap 1 hari bekerja.lega tade masalah apa-apa.

6.collect visa kat wisma MCA jalan Ampang.nak collect pun ramai orang.aduhai.bile turn aku ambik, aku cek nama aku salah. g tulis BIN.kene betulkan balik, nak collect 2 hari lagi.

7.g balik wisma MCA balik.orang ramai gak.buat apa la derang nih g US agaknye.kali nih cek semua details semua ok.nama aku dah di betulkan jadik BINTI balik.

8.hari nak berlepas, di KLIA, time aku nak check in, ada lagi masalah lain plak.org MAS ckp derang tak leh nak issue ticket sbb nama aku tak lepas security check dekat Washington.nama ayah aku Abdul Jalil dalam senarai terrorist.mungkin nama abdul je kot.aku dh glabah nak mampus, tp sib baik check in awal.org MAS sedaya upaya call org kat washington mintak clear kan nama aku.sib baik gak aku naik business class nak tak nak derang kene entertain aku, kalu aku naik economy class camne la agaknye.

9.sementara nak tunggu semua settle, aku dh tak senang duduk.dlm kepala otak aku kalu aku tak dpt naik flight nih, terpkase la aku g keje n join workshop dari office KL je.pas 45 minit, org MAS call aku dan ckp semua dah ok and settle.lega gile! org MAS asyik cakap mintak maap dan aku pun senyum je lah ckp takpe.best betul layanan bussiness class nih.

10.selamat sampai US! satu lagi halangan, imigresen US.aku doa banyak2 jgnla ade masalah lagi.Turn aku g kaunter imegresen, muka pakcik kat kaunter tuh garang gile, tanya purppose aku datang.aku baca kat baju die tulis US Department of Homeland Security.Kalu korang layan citer Prison Break mesti korang slalu dengar nama department nih.kusyuk carik nama aku kat database skali pakcik tuh ckp tak jumpe nama aku kat database derang.adohai, masalah lagi!lebih kurang dlm 10minit, Pakcik imegersen tuh tanye bile birthday aku.Rupanya org kat MAS kat airport key in birthday aku salah.tuh sbb tak jumpe nama aku.siot! last2 sib baik jumpe gak nama aku.n passport aku di cop n lepas.lega!

p/s: penuh pancaroba nak masuk US cm nak masuk Gaza.

Monday, June 7, 2010

...

monday was not a very productive day.
promise tomorrow will be better, work harder.

berbudi bahasalah sket....

tempat:kedai tudung, masjid india

aku and tunang jalan menuju ke kedai tudung, disapa oleh pakcik yg muka ala pakistan.aku syak bukan warganagera.dibantu oleh seorang perempuan.

aku belek tudung yg tersangkut.pekenan dgn satu tudung kaler merah.boleh pakai dgn baju kurung kaler merah yg aku tempah jahit arituh.

pakcik:tudung tuh satu rm10, dua rm15.

aku swh tunang aku tawarkan rm8.minah perempuan tuh siap keluarkan tudung yg sama tapi dgn macam-macam kaler lain.

tunang:satu 8 ringgit boleh tak?

pakcik:tadi saya cakap macam mana?dua rm15, satu rm10.sekarang siapa yg mahu untung?you yg untung ka saya yg untung?

aku pandang muka tunang aku, aku ckp tak payah beli.dan aku terus blah tak pandang blakang langsung n dgr minah td sayup2 panggil "kak boleh, boleh rm8 kak!"

sib baik tunang aku jadik juruckp kalu tak dah lama aku hamburkan kata2 nista. dalam ati aku, aku untung sbb tak beli kat kedai kau, n ko rugi sbb rezeki tak masuk.

moral of the story: jgn blagak.belum lagi jual kayu balak!

Tuesday, June 1, 2010

meet my fun team!




in pink: maria cruz(my team lead, from houston)
in blue: ashley(from houston)
girl with spek: adel(from budapest,hungary)
tallest guy: patrick(from dallas)
the other guy:bruno(from brazil)
p/s: bunch of fun n nice people!