Tuesday, June 8, 2010

route to USA

aku mulakan step 1 agak lambat iaitu kurang dr 3 minggu dari tarikh aku nak pegi.aku tau plan nak pegi lebih awal selepas diinform oleh team lead sebulan lebih dr tarikh pegi, tp aku buat bodo sbb aku ingat nih mesti planning je and mungkin tak jadik.so aku buat bodo hingga dh nak dekat2 baru aku sedar mmg betol2.sengal gile and hasilnye step di bawah dgn agak kelam kabut.

1.bayar duit visa yg berharga rm492 kat Alliance bank.Mr.Fiance yg g tlg bayarkan, pertama kali aku terconfuse and bagi wrong info kat Mr.Fiance dan dia pegi Affin Bank. Akak kat Affin Bank pun bingung bile masa plak derang buat service terima bayar duit US visa.

2.settle bayar, masuk website US ambassy, schedule time utk interview kat US ambassy.tunggu seminggu utk tarikh diinterview.

3.sebelum g interview kene siapkan document2 sokongan untuk memudahkan process mendapatkan visa dgn cepat.pay slip, surat dari HR, surat jemputan dr office exxon kat Houston, salinan penyata EPF, resit pembayaran visa.

4.datang awal pagi kat US ambassy.nak masuk bangunan pun cek bagai nak rak.takut org bwk bom agaknye.boleh tahan ramai gak org.ramai betul org nak g US rupanya.

5.sesi interview aku berjalan lancar.tanye belajar kat mane, ambik course apa, keje dgn company mana, purpose nak g US buat ape.rase cam g interview keje pun ada agak.nebes gile.bile derang mintak tunjuk document sokongan baru tunjuk.pas settle, boleh collect visa yg boleh siap 1 hari bekerja.lega tade masalah apa-apa.

6.collect visa kat wisma MCA jalan Ampang.nak collect pun ramai orang.aduhai.bile turn aku ambik, aku cek nama aku salah. g tulis BIN.kene betulkan balik, nak collect 2 hari lagi.

7.g balik wisma MCA balik.orang ramai gak.buat apa la derang nih g US agaknye.kali nih cek semua details semua ok.nama aku dah di betulkan jadik BINTI balik.

8.hari nak berlepas, di KLIA, time aku nak check in, ada lagi masalah lain plak.org MAS ckp derang tak leh nak issue ticket sbb nama aku tak lepas security check dekat Washington.nama ayah aku Abdul Jalil dalam senarai terrorist.mungkin nama abdul je kot.aku dh glabah nak mampus, tp sib baik check in awal.org MAS sedaya upaya call org kat washington mintak clear kan nama aku.sib baik gak aku naik business class nak tak nak derang kene entertain aku, kalu aku naik economy class camne la agaknye.

9.sementara nak tunggu semua settle, aku dh tak senang duduk.dlm kepala otak aku kalu aku tak dpt naik flight nih, terpkase la aku g keje n join workshop dari office KL je.pas 45 minit, org MAS call aku dan ckp semua dah ok and settle.lega gile! org MAS asyik cakap mintak maap dan aku pun senyum je lah ckp takpe.best betul layanan bussiness class nih.

10.selamat sampai US! satu lagi halangan, imigresen US.aku doa banyak2 jgnla ade masalah lagi.Turn aku g kaunter imegresen, muka pakcik kat kaunter tuh garang gile, tanya purppose aku datang.aku baca kat baju die tulis US Department of Homeland Security.Kalu korang layan citer Prison Break mesti korang slalu dengar nama department nih.kusyuk carik nama aku kat database skali pakcik tuh ckp tak jumpe nama aku kat database derang.adohai, masalah lagi!lebih kurang dlm 10minit, Pakcik imegersen tuh tanye bile birthday aku.Rupanya org kat MAS kat airport key in birthday aku salah.tuh sbb tak jumpe nama aku.siot! last2 sib baik jumpe gak nama aku.n passport aku di cop n lepas.lega!

p/s: penuh pancaroba nak masuk US cm nak masuk Gaza.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home