Route to Phi Phi Island
Aku buat semua tempahan transportation dan hotel melalui online.Aku Google je Budget Hotel Phi Phi Island, keluarlah beribu ribu lemon hotel dengan resort bersepah.Pening gak la aku nak pilih.Dan kat phi phi island aje ada pecahan island2 yg lain.pergh...pening tak hingat, kalah pening jawab solan Add Math time spm.
Makanya setelah gaduh2 sket kami decide utk book 2 malam di Phi Phi The Beach Resort di Phi Phi Island dan 1 malam di Krabi Town.Perjalanan flight dari KL ke Krabi cuma ambik masa 1 jam.Sampai Krabi International airport, pemandu pelancong yg kitaorg dh siap book dh tunggu kitaorg.Orang Thailand tak pandai ckp english sgt.Slang derang agak susah sket utk dipaham.Kena dgr betul2.So dia bwk kitaorg ke tempat nak naik boat.Dekat je dlm 10 minit.
Dari Krabi kena naik boat untuk ke Phi Phi Pier.Perjalanan ambik masa 1 jam 40 minit.Boatnya ala-ala cam boat nak g Pulau Pangkor tu.Seorang rm45 one way.Dalam banyak2 blog org yg penah g Krabi/Phi Phi Island tak penah pun aku baca derang citer pasal betapa ganasnya naik boat dalam keadaan ujan lebat, ombak besar.Dah la lama tak naik boat, skali naik boat punya la menakutkan serupa macam naik roller coster.Rase cam nak terbalik je boat.Oh suamiku bukan mabuk cinta time nih, tp mabuk laut.Plastik muntah dh kat tangan masing2.Nasib baik ader chewing gum sebagai penyelamat.Mat/Minah Salleh ala adventurous la kunun selamba je berdiri tengok pemandangan ketika aku rasa cam nak tersembur isi perut.
Hati rasa lega bila dh nampak pantai dari jauh dalam boat.Kitaorg berjaya menahan dr termuntah.yay! Maka sampai la ke jeti Phi Phi.Kena bayar rm4 utk nak masuk ke jeti.Dekat situ ada mamat pakai baju pink approch kitaorg.Aku ingatkan kutu mana nak kencing kitaorg tp rupanya mmg orang tourisme Thailand berdasarkan logo kat tshirt pink yg di pakai.Dia explain kitaorg kena naik tail boat iaitu boat seperti sampan untuk ke Resort yg kitaorg dh book tu.Sepatutnya mmg ada service boat khas utk Phi Phi resort tapi munkin sbb cuaca time tuh tak brape ok so tade.Makanya kitaorg kena naik tail boat lain.Dah macam ayam dengan itik bila kitaorg cuba nak berckp dgn pemandu2 tail boat.Nasib baik ada sorang pemandu tail boat yg boleh tahan english nya yg tlg explainkan.
Sebab cuaca yg tak baik, ombak pulak kuat, boat tak boleh terus berhenti kat depan resort.So dia akan berhenti kan kitaorg kat pantai sebelah dn kena berjalan dalam 10 minit untuk ke resort kitaorg.Aku angguk ckp ok jelah sbb aku bayangkan stakat 10 minit tak la jauh sgt.
Dengan naik tail boat berharga rm10, tak sampai 15 minit kitaorg sampai kat satu beach nih.Aku bayangkan kena jalan 10 minit ekot pantai rupanya kena daki,turun hutan berbukit! Dengan jalan berlecak, aku mendaki bukit bukak selipar crocs ciplak aku sbb licin.Suamiku yg kena angkut 2 bijik beg dh tertinggal kat belakang.Dalam hati "what am I getting my self into.Biar betul ni!" Dah mendaki kena turun bukit pulak.Mmg merentas desalah.Sib baik aku ada skill sket2 time aku Kadet Polis dulu.Phew....mmg mancabar honeymoon aku wa cakap lu.
Nasib baik betul jalan yg kitaorg ekot.Akhirnya sampai di Long Beach.Hasilnya jeanssuamiku koyak, bukan koyak celah kangkang, koyak kat lutut dan baju aku pulak boleh putus tali.Sampai2 kena lagi jalan ke hujung pantai.Jauhnya adala macam berjalan dari pudu ke stesen lrt masjid jamek.Kaki dh saket, cuma berharap resort yg kitaorg nak duduk secantek dalam gambar kat website la.Tak sabar rasanya nak baring atas tilam.Rasa cam nak pengsan.
Betulla pemandu long tail tu ckp, setelah berjalan selama 10minit kitaorg pun sampai la ke destinasi.Mujur kitaorg tak sampai time hari dh gelap kalu tak aku tak dpt bayangkan camne nak lalu hutan belantara tu.
Sampai2 terus check-in dan it was a purrrfecctttt resort!! Hilang terus penat lelah.Tapi nsihat aku tempat nih tak sesuai utk bawak keluarga.Bayangkan jela kalu mak/ayah kita nak kena merentas desa.Tak ke naya.Aku plak tak expect sampai camtu skali tp since cuaca tak berapa baik aku melalui perjalanan yg sgt adventourous.Tp berbaloi2.Pantai, air bersih.Jauh..jauhhhh beza dengan pantai port dickson mahupun batu ferenggi ok. :P