Wednesday, February 24, 2010

Pertandingan Menulis Surat Untuk PM

dear PM,

Saya adalah seorang warganegara malaysia yg sentiasa menggunakan pengangkutan awam utk ke tempat kerja mencari rezeki.Walaupun gaji saya tak la sebnyak gaji tuan n cukai pun saya tak la kene bayar banyak sgt sbb gaji yg ciput tp kasihan kan la sy sbb bile hari ujan pengankutan awam seperti LRT n STAR pasti tergendala.Tuan bayangkan la keadaan nya bile stesen LRT penuh sesak kerana masalah teknikal ini.1 Malaysia 1 Malaysia jugak tp takkan 1 Malaysia tuan nak sardin kan dlm LRT tu.Stesen LRT pun tak la sebesar stadium Bukit Jalil.

Cadangan saya utk mengatasi masalah ini, daripada Tuan menggunakan duit kerajaan utk membeli kapal selam yg dh pun rosak tak leh selam, beli jet pejuang baru yg memakan perbelanjaan berbuluh2 juta utk penyelegaraan sahaja atau pun taja lagi angkasawan g ke milky way baik Tuan laburkan duit utk menaik taraf sistem pengankutan awam seperti LRT, STAR dan Monorel supaya bile hujan tidak lagi ada gangguan.Kalu nak save budget, kita ada banyak kepakaran tempatan, saya pasti engineer2 kat Malaysia ada cara utk mengatasi masalah ini jika ada dana.

Jika masalah ini dapat di atasi pasti ramai rakyat yg kebanyakkan nya tidak memandu merc atau bmw bersama dgn pemandu ini akan berbesar hati dan delegasi 1 Malaysia akan lebih Mantop.

Akhir kata pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.

Yang Benar,
Rakyat Biasa.

2 Comments:

Blogger penulis said...

amat gemar dengan entri ini

February 24, 2010 at 10:34 AM  
Blogger LiEz@ said...

bole menang tak kalu masuk contest?

February 24, 2010 at 11:31 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home