Thursday, November 26, 2009

ptptn oh ptptn

aku tau...tak semua menghadapi tekanan perasaan seperti aku kerana ramai yang lain lebih baik n bagus nasib mereka kerana mendapat pinjaman dari sumber yang lain yg memberikan diskaun terhebat mengikut pointer cgpa....seperti pinjaman mara,telekom,tnb atau pun lebih baik mendapat biasiswa....bagi aku yg kurang bernasib baik ini...aku sakit jiwa dgn cara pertubuhan ni mengenakan caj yg tak msuk di akal....yg membuatkan makin ramai org tak akan menjelaskan hutang....

baru2 nih sibuk org2 atasan nak bagi diskuan plak utk peminjam yg mendapat cgpa 2nd class upper....sblum ni kata nak kurangkan kos perkhidmatan dr 3% ke 1%...aku kata "bull shit!"
sampai skarang tade pun pengurangan nye....yg dpt hanya peminjam yg baru membuat permohonan....buat ape sibuk2 nak bagi diskaun kat org yg dpt 2nd class ke 1st class ke....
mansuhkan je kos perkidmatan tu....ni pinjaman pelajaran....3% tuh riba! cam interest...
sakit jiwa raga aku...

mmg aku patut perterima kasih sbb bagi aku pinjaman....kalu tak mmg aku tak dpt la degree aku memandangkan aku pun bukannye anak org berada...nak masuk ipta pun tak layak....tp 3% pinjaman tuh melampau....melampau banyak...tuh org tak nak bayar....faizal tahir yg banyak duit pun tak nak bayar...

sakit ati2....aku usulkan soalan kat webmaster n forum ptptn....tunggu aje jawapan bernas ape yg nak derang rely

soalan 1:

Encik/Puan,
Saya mempunyai 2 pinjaman yg berbeza.Bagaimana saya ingin membuat bayaran
utk pinjaman akuan kedua? Kerana saya membuat pembayaran melalui Maybank 2u
dan ia hanya menolak baki jumlah pinjaman utk akuan pinjaman yg pertama dan
akaun pinjaman kedua tidak berkurang tp hanya kos perkhidmatan sahaja yg
bertambah.Bayaran melalui talian secara terus dari laman web ptptn
nampaknya tidak berfungsi kerana ia hanya menunjukkan status sedang di
proses walaupun sehingga 15-30 minit menunggu.Apalah gunanya kalu ia tidak
dpt digunakan?

Soalan kedua, bilakah agaknya pemotongan kos perkhidmatan yg diwar-warkan
sebelum ini akan dilaksanakan?Tahun 2009 sudah semakin ke hujung tahun tapi
apa yg saya lihat tiada langsung pemotongan dibuat.
Please advise.
Terima Kasih.

Soalan 2:

saya ingin mendapatkan penjelasan apakah kos-kos pentabiran yg terlibat sehingga di caj 3%?Ia adalah satu jumlah yang sgt tinggi.Ini adalah pinjaman pelajaran, bukan pinjaman kereta, atau rumah.saya bukan peminjam tegar yg tidak membuat pembayaran balik, saya ingin melangsaikan hutang saya tetapi jika jumlah pinjaman yg diterima naik sehingga 10k hanya kerana kos perkhiamatan sahaja saya kuatir sehingga saya berumur 55tahun pun hutang saya tidaak akan langsai.Sekarang sy berumur 24tahun dn kos perkhidmatan telah dicaj ke pinjaman ptptn saya ketika sy masih lagi menuntut di universiti ketika berumur 21tahun...bnayangkan berapa banyak caj kos perkhdmatan yg terkumpul.Dan kami tidak dpt pemotongan 1%.
Kenapa tidak dahulukan peminjam terdahulu menerima pemotongan 1%? Kenapa perlu utamakan peminjam baru?Kenapa tidak diselaraskan kesemuanye? Dalam waktu berperingkat utk memberi pemotongan 1% , caj perkihdmatan akan bertambah....saya seperti settiap bulan hanya membayar balik kos perkidmatan!
sila jelaskan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home