Tuesday, July 7, 2009

news headline

343 pesakit H1N1 sudah sembuh

PUTRAJAYA 6 Julai - Seramai 343 pesakit daripada 434 yang disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1) sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, baki 91 orang pesakit terbabit yang masih dirawat di hospital adalah termasuk 75 kes baru yang dicatatkan hari ini.

"Jumlah (pesakit H1N1) yang telah sembuh ini adalah tinggi, meskipun berlaku peningkatan kes yang mendadak hari ini.

"Sehingga hari ini juga tiada kematian dilaporkan akibat H1N1 di negara ini," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis taklimat dan sesi perbincangan dengan media massa mengenai H1N1 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Menurut Tiong Lai, kes H1N1 hari ini mencatat peningkatan mendadak apabila 75 kes baru dilaporkan dengan 41 kes import dan 34 kes penularan tempatan berbanding 33 kes baru semalam.

Katanya, daripada keseluruhan 434 kes terkumpul setakat ini, 333 daripadanya adalah kes import dan 101 kes penularan tempatan.

"Daripada 75 kes baru itu, 64 orang adalah warganegara tempatan dan 11 warga asing dari Indonesia, Filipina, Libya, Oman, Singapura dan Australia," tambahnya.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, daripada 34 kes penularan tempatan itu, sembilan daripadanya di kalangan peserta Persidangan Farmaseutikal Asia Pasifik (APPC) yang diadakan di Pulau Pinang dari 27 hingga 30 Jun lalu.

Bagi kes import, menurutnya, 41 daripadanya pernah melawat negara yang terjejas dengan H1N1 iaitu Indonesia, Singapura, Thailand, Australia, United Kingdom (UK), Filipina, Brunei, Rusia dan Oman.

"Selain itu, empat pelajar Sekolah Menengah Tsun Jin yang sedang dikuarantin telah disahkan positif H1N1," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, sehingga hari ini jumlah kes terkumpul H1N1 adalah 91,457 kes dengan 387 kematian dari 126 negara iaitu pertambahan 392 kes.

"Lima negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi adalah China, Singapura, Veitnam, Australia dan Brunei," katanya.

p/s:don't panic! penyakit ada di mana2.tak ke luar negara pun bole kene penyakit gak.just extra precautions.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home